follow | dash
Kisah Jodoh =)

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Semalam, seharian aq beraya dengan kakak aq, kakak aq ni umo dy kira pertengahan 20-an, aq saje lah join dy g raya ngn member2 dy bosan duduk rumah. Tapi yang aq nk cerita kat sini bukan aq pegi raya kat mana dan bagaimana. Aq nk ceritakan pengalaman aq mendengar kisah jodoh mereka2 ini. Kalau yang bab best tu, best lah. Tapi kalo bab yang tak best tu, sumpah ckap mmg tak best. Aq memang kalo boleh mmg taknak lah lalui yang tak best tu.

First, aq g rumah member kakak aq bertunang. Muka dy seriyes talk, muka sediyh gile wehhh, senyum still tersenyum tapi bole nampak lah betapa tak gembiranya dy. aq dengar punya dengar gosip, kakak tu bertunang dengan junior dy, muda setahun. baru kawan tiga bulan dah ajak kawin. Masalahnya yang aq pelik, kakak tu yang ajak boyfie dy kawin, tapi ni, dy pulak yang tak ceria. Sekali baru aq tawu, dy teringat kat boyfie lama dy daaa. Lepas je boyfie lama dy kawin, teros dy ajak boyfie baru dy ni kawin. Nampak tak permainan dy kat situ?? Nampak tak betapa tak iklasnya dy. Patotlah nampak sgt tak ceria. Kakak tu sepatutnya kosongkan hati dy dulu, betul2 terima boyfie baru dy dulu, baru lah boleh ajak kawin. Aq bukan apa, aq takot nnti jadi lain2 masalah je, tu je. Kalau satu perhubungan tu tak dimulakan dengan rasa keiklasan,  masalah lain pulak yang akan timbul nanti.

Second, time aq g raya tu, member kakak aq yang join, 3 org. Ha ni aq nk cerita pasal salah sorang, tym tu dy asyik main phone je, lepas tu sebot nama someone, aq tak kesah sgt lah yg dy sebot nma someone tu, tp yang aq kisahkan, kenapa kakak aq dan member2 dy asyik marah je bila si member ni texting or sebot tentang someone tu. Lastly barulah aq tawu, someone tu rupanya bekas buah hati dy. Okee then apa motif yg diorg kakak2 ni nak marah, then kakak aq cerita kat aq, Si member ni dulu sgt gilakan buah hati dy, yang macam sgt2 gilakan. then lama diorg berkawan, tp buah hati dy ni xlah sebaik yang disangka, buah hati dy minta diorg 'buat' and then tanpa fikir panjang si member tu kasi. Aq taktaw lah nk ckp si member ni bodoh ataw apa. Kerana terlampau syangkan buah hati dy, dy sanggup serahkan 'mahkota wanita' kepada buah hati dy tuh. hmmmm. Nak dijadikan cerita, lepas si member dah serahkan, buah hati dy tinggalkan dy macam tu je, macam sampah! Kesiankan?? setengah tahun si member ni meroyan, gila, smpaikan mak dy dah tak tawu nk berubat mcm mana lagi. Bila keadaan si member ni dah oke balik, buah hati dy yang dulu tu tiba2 texting balik ajak jumpa, dan bila dah jumpa, mereka pown 'terbuatlah'. Ni dua kali bodoh. And now buah hati dy yang dulu tu dah kawin dengan org lain dah pown. Sumpah aq kesian gila kat member ni. Lelaki takkan kawin dengan betina, mereka hanya akan mencari perempuan Masalahnya sekarang, si member ni bukan betina, aq tengok dy perempuan, tapi perempuan yang bodoh. Kerana sayang dy jadi bodoh, kerana sayang dy dah tak boleh berfikir. Aq tak salahkan dy sebenarnya, cinta tu kan buta, sebab buta lah dy jadi macam ni. Ya aq percaya, ramai perempuan sekarang jadi macam ni, bodoh kerana cinta. Sebab tulah kita sebagai perempuan perlulah berhati-hati, nak bercinta boleh, tapi tolonglah jangan jadi bodoh kerana cinta. Untuk itu tolonglah cari lelaki yang berkawan dengan kita sebab cinta bukan sebab nafsu.

Third, kes ni pown kalau boleh aq nk elakkan, member ketiga. Time sekolah, time kolej, time universiti, katanya,"aq taknak bercinta, nanti pelajaran entah ke mana. Aq nak fokus study! " baguskan?? Ye betol memang bagus macam ni, tapi cuba kita tengok balik effectnya apa yang jadi pada dy di zaman sekarang, zaman dia bekerja. "aq nak kawin, tapi semuanya dah jadi suami org, kalo ada pown duda, kalo ada pown perangai ntah apa2, kalo ada pown pelajaran xde, kalo ada pown kerja xde" Sediyh kan kes ni, katanya yang baik-baik, yang bagos-bagos semuanya dah berkahwin dengan pasangan mereka yang mereka temui zaman sekolah dulu, zaman uni dulu. Aq bercakap kat sini, bukan maksud aq nak menggalakkan korang student ni bercinta. Bukan! Kalo bole, carilah calon korang waktu korang zaman uni, sebab mereka dah sah-sah berpelajaran, mereka sah-sah ada masa depan. Tapi kalo boleh bercintalah sekali je seumur hidup. Fahamkan maksud aq, cari yang betul-betul menepati citarasa korang, then bercinta dengan si dia, si dia sorang je. Lepas habis study, lepas kerja kukuh, teros kawin. Senang kan? Bukannaya bercinta dengan ni, lepas tu putus, bercinta pulak dengan yang ni, lepas tu putus lagi bercinta pulak dengan yang ni, putus lagi, teringat kekasih lama, patah balik rujuk dengan yang lama. Haaa, yang ni lah tak best sebenarnya, Aisyh, jangan lak bercinta putus sgt, tak baik, jangan-jangan, elakkan. Tapi apa-apa pown, jodoh pertemuan tu kat tangan tuhan, walau kita merancang macam mana pown, kalo Tuhan tak izinkan, takkan menjadi jugak. So kita redha, kita tawakkal, kita berdua semoga yang terbaik untuk diri kita. Kalo korang dah ada calon yang terbaik, berdoalah supaya si dia betul-betul jodoh kita, semoga Tuhan kuatkan jodoh kita dengan si dia, semoga Tuhan jadikan si dia yang halal buat kita. Amin~

Forth, kisah member keempat, dy ni pown sama sebenarnya mcam member ketiga, tapi dy ni ada tambahan kisah sediyh, okee, dy dah jumpa lelaki, tapi sayang, dy ditipu, rupa-rupanya, lelaki tu suami orang. Yaaa, lelaki tu suami orang. Yang dy pelik texting siang malam, kalo on9 chat lagi, tapi macam mna bole isteri dy tak tawu, okee rupanya, time tu isteri dy berpantang dan ada di rumah org tuanya. Kesian, suami buat mcam tu lepas si isteri bertarung nyawa untuk mendapatkan zuriat buat suaminya yang tercinta. Tolonglah para lelaki jangan buat mcam ni kat isteri korg, tolong lah. Takkan ada isteri yang suka dirinya diduakan, takde!

Pengajaran buat diri aq, ya kiasah2 kat atas ni bnyk mengajar aq, membuka mata aq untuk melihat dunia mereka sewaktu melangkah ke alam pekerjaan. Aq takut nak melangkah ke depan, kalo bole aq just nak stay as student yang berumur 19 tahun ni. Aq takut untuk melangkah ke umur puluhan. Aq takut! Tapi macam mana takut pown aq, aq tetap perlu melangkah ke depan. Melangkah dan teros melangkah.

Waalaikummussalam

0 Comments:

Post a Comment



<< home ♥

Older Post | Newer Post
paradise


ABOUT ME ENTRY SHOUTBOX
She's the type of girl that can be so hurt but still can give the brightest smiles